Kehidupan awal Rachel_McAdams

McAdams dilahirkan di London, Ontario kepada Sandra Kay (née Gale) dan Lance Frederick McAdams,[1][2][3][4][5][6] dan membesar di St. Thomas.[7] Beliau berketurunan Inggeris, Ireland, Scotland dan Wales.[8][9][10] McAdams merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik.[11] McAdams belajar di Sekolah Awam Myrtle Street dan kemudiannya Institut Kolej Central Elgin.[7][12]

McAdams bertekad untuk mempelajari kajian kebudayaan di Universiti Western Ontario[13] sebelum dipujuk oleh guru drama beliau bahawa kerjaya lakonan profesional merupakan satu pilihan yang baik.[7][14] Beliau mendaftar program teater empat tahun di Universiti York dan menamatkan pengajian dengan dengan Ijazah Sarjana Muda Seni pada tahun 2001.[15][16]

Rujukan

WikiPedia: Rachel_McAdams http://www.cbc.ca/news/arts/film/story/2010/09/03/... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://www.ctvnews.ca/entertainment/rachel-mcadams... http://movies.about.com/od/thenotebook/a/notebkrm0... http://movies.about.com/od/thenotebook/a/notebkrm0... http://www.accesshollywood.com/rachel-mcadams-talk... http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-9785328... http://www.altfg.com/blog/movie/rachel-mcadams-big... http://chronicle.augusta.com/stories/2005/08/15/mo... http://boxofficemojo.com/movies/?id=hotchick.htm